Sunday, 19 October 2014

Resepi Bread Butter Puding Mudah & Sedap

Hi semua...

Diatas permintaan rakan-rakan yang dikasihi maka terhasil lah blog ni... 
Pada mulanya, saya hanya memenuhi permintaan seorang rakan yang sedang mengandungkan anak pertama. Teringin nak makan bread butter puding katanya... saya pun volunteer kan diri sebab dah pernah buat bread butter puding sebelom ni.

Tak sangka, buah cempedak menjadi nangka.. bread butter puding yang saya bawa ke kelas tu mendapat pujian dan disukai oleh rakan-rakan (terasa macam chef la sangat masa tu kann..hihihi). Ramai pulak yang minta resepi.

Saya kongsikan disini resepi bread butter puding yang telah saya olah sendiri agar ianya menjadi lebih senang dan mudah untuk dibuat. Resepi ini mendapat inspirasi dari resepi-resepi puding roti dari blog-blog dari dalam dan luar negara.

"Selamat Mencuba" :)


Resepi Bread Butter Puding dengan Sos Kastard

Bahan-Bahan (1 family)


Bahan A
  • 500ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (saya guna roti gardenia)


Bahan B
  • 4 sdb gula halus (kalau suka manis lagi tambah lagi 1sdb)
  • 2 sdb butter (cairkan diatas dapur sebentar dgn api yang kecil)
  • 2 biji telur ayam (saya guna gred A)
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kotak kecil kismis hitam
  • kalau suka boleh jugak ditambah dengan badam (*optional)



Cara-cara :-
  1. Koyak-koyakkan roti, tapi jangan terlalu kecil sangat yer... kemudian rendam dalam susu dan biarkan selama setengah jam.
  2. Sementara tu bolehlah sediakan untuk bahan-bahan B, mula-mula cairkan butter
  3. Pukul telur sebentar kemudian campurkan kesemua bahan-bahan B yang lain. Kacau dan gaul rata
  4. Satukan bahan B dengan bahan A yang telah direndam tadi ke dalam loyang.
  5. Bakar dalam suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak 

http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html
Sedang mengembang dengan jayanya,  ketika ni.. bau rumah harum semerbak  :)


http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html
Sebelum dibakar


Sos Kastard


Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sdb tepung kastard
  • 3 sdb gula
Campurkan semua bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana. 
Hendaklah dikacau sentiasa sehingga mendapat kepekatan yang anda mahukan.
Lepas tu sejukkan.. masukkan dalam fridge, barulah yummylicious bila makan nanti :)

Taraaaa.... dah siappp!!!

http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html


Cadangan Hidangan

Potong bread butter puding kemudian curahkan sos kastard diatasnya.


http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html
Yang bertudung biru tu la yang mengandung ;)


Cikgu Aman sampai pejam mata dapat makan bread butter puding.. sedap tak terkata..hihii

http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html
Makan berjemaah memang best!!

http://masakmasak2u.blogspot.com/2014/10/resepi-bread-butter-puding-simple-sedap.html
Romantik nyer suap-suap lagiii... hihihi


Mesti korang jelous kan tengok gambar-gambar keriangan kami sedang makan bread butter puding tuu..
Apa lagi yang ditunggu.. cuba la resepi tuu... Sekarang!!!   :)







17 comments:

  1. Replies
    1. Banyak lagi resepi yang nak dikongsi ni Agus.. tungguu... ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Ara boleh cuba & rasa sendiri.. memang sedap dan mudah ;)

      Delete
  3. ermm..memang sodapp sangat :::: :)

    ReplyDelete
  4. Tq kak erni..hhaahha..I Bru nk komen,..baby I da nk msuk 5 bulan...pe pn mmg sedap..teringat balik,I ols rasa mcm nak lagi..apa kata mama erni wat lagi..utk baby khayla plak..hehe..muah cikeddd...

    ReplyDelete
  5. Tq kak erni..hhaahha..I Bru nk komen,..baby I da nk msuk 5 bulan...pe pn mmg sedap..teringat balik,I ols rasa mcm nak lagi..apa kata mama erni wat lagi..utk baby khayla plak..hehe..muah cikeddd...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy feeza kena la cuba buat pulak ;p

      Delete
    2. mommy feeza kena la cuba buat pulak ;p

      Delete
  6. Sy dah berjaya try resepi ni.. Tq 😘

    ReplyDelete
  7. breadbutter puding nie dapat banyak tak?

    ReplyDelete
  8. Thank you resepinya.. I dh buat and menjadi + sedap hehe

    ReplyDelete
  9. Sedap sgt DH try..tq share resepi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, tiga hari yang lepas saya dah try buat. Suami suka sangat2. Terima kasih kerana kongsi ilmu. Sekarang lepas tiga hari, buat lagi tapi try pakai biskut cream crackers yang tawar pulak sebab roti cuma tinggal dua keping dan ada banyak sisa biskut dah lemau sayang nak buang. Masya'Allah, Alhamdulillah, jadi jugak. Cuma saya rendam biskut lebih lama dari roti. Lepas tu bila dah tuang acuan, saya tekap2 dan biarkan nak dekat sejam baru saya bakar. Ini supaya biskut lebih kembang. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi ye...

    ReplyDelete